Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Keluar dari zon selesa bantu pemilik Crave kembangkan perniagaan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Keluar dari zon selesa bantu pemilik Crave kembangkan perniagaan

Jul 05, 2019 | 10:21 PM



BERANI keluar dari zon keselesaannya telah mendorong Encik Abdul Malik Hassan untuk mengembangkan perniagaannya.



Hasil kerjasama dengan syarikat Pezzo Group, beliau kini dapat kembangkan perniagaannya kepada 27 cawangan di bawah jenama Crave - The Original Adam Rd Nasi Lemak by Selera Rasa.



Kini menurut Encik Malik, beliau sedang mempertimbangkan peluang mengembangkan syarikat yang bermula dengan gerai Nasi Lemak Selera Rasa di Adam Road yang diwarisi dari bapanya itu ke luar negara.



Antaranya di London, Australia, New Zealand dan China.



Demikian perkongsian Encik Malik dalam satu Sesi Perkongsian Niaga anjuran Berita Harian (BH) di Wisma Geylang Serai (WGS) sebentar tadi.



“Jika kita mahu memajukan lagi perniagaan sendiri, kita tidak harus takut untuk bekerjasama dengan rakan niaga serta pelabur lain.



"Mereka mungkin mempunyai kepakaran dalam perniagaan yang boleh memanfaatkan perniagaan anda.



"Untuk berkembang, anda tidak mampu bergerak sendiri," katanya kepada hampir 60 peserta yang hadir. 



Ini merupakan kali kedua BH mengadakan Sesi Perkongsian Niaga.



Sebelum ini, satu sesi serupa dikongsi oleh Cik Sa’adah Rasik atau lebih dikenali dengan nama Cik Ummi Abdullah, pemilik restoran Barat fusion, Noosh Noodle Bar & Grill di Esplanade Mall.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >