Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Penyenggaraan yang dijadualkan: Kami sedang mempertingkat sistem mySPH untuk memberi anda khidmat log masuk lebih lancar. Sebahagian akses bagi log masuk ke mySPH akan terjejas dari 02 / Mar / 21 12:30 PG hingga 02 / Mar / 21 06:00 PG. Anda perlu log masuk semula selepas tempoh penyenggaraan ini. Untuk mendapatkan bantuan, sila tinggalkan butiran hubungan anda di sini dan kami akan hubungi anda. Terima kasih.
Ekonomi & Kerja0

Ketua pegawai operasi SingPost letak jawatan

Jun 22, 2016 | 09:45 AM

KETUA Pegawai Operasi (COO) Singapore Post, Dr Sascha Hower, telah meletak jawatan, terbaru dalam siri peletakan jawatan sama ada pegawai kanan pengurusan atau peringkat lembaga kumpulan pos itu.

Dr Hower, yang juga ketua eksekutif Quantium Solutions - cabang global bagi perniagaan logistik e-dagang SingPost - akan meninggalkan kumpulan itu pada Ogos untuk meneruskan peluang kerjaya baru di luar negara, kata SingPost.

Warga Jerman berusia 38 tahun itu rakan kongsi rendah di McKinsey & Company di Dusseldorf sebelum menjadi COO SingPost pada 3 Januari 2012.

Pengamat pasaran berkata pemergian Dr Hower bukan di luar jangkaan kerana beliau dilihat sebagai rapat dengan Dr Wolfgang Baier, yang mengumumkan Disember lalu beliau akan berhenti sebagai ketua eksekutif SingPost.

Dr Baier juga warga Jerman dan bekas rakan kongsi di McKinsey.

Berita Popular

Lima pengarah meninggalkan lembaga SingPost menjelang mesyuarat agung tahunannya bulan depan. Encik Keith Tay, Encik Goh Yeow Tin dan Dr Baier telah meletak jawatan. Encik Lim Ho Kee, yang meletak jawatan sebagai pengerusi bulan lepas, dan Encik Tan Yam Pin tidak akan bertanding semula selepas penggal mereka berakhir bulan depan.

Peletakan jawatan itu menyusuli satu siri kesilapan tadbir urus korporat kumpulan tersebut.

Firma juruaudit Drew & Napier dan PricewaterhouseCoopers dilantik oleh SingPost untuk menjalankan audit khas selepas ternyata Encik Tay pemegang saham dan pengerusi penasihat kewangan tiga syarikat penghantar barangan yang SingPost beli pada 2013, 2014 dan tahun lalu.

Juruaudit itu mendapati Encik Tay "boleh dikatakan melanggar... Akta Syarikat" kerana tidak mengisytihar kepentingannya dalam pembelian syarikat penghantar barangan Holdings Fanous oleh SingPost pada 2013 secepat yang dapat dilakukan".

Bulan lalu, Penguasa Peraturan Perakaunan dan Korporat (Acra) berkata ia sedang menyiasat kemungkinan SingPost telah melanggar Akta Syarikat.

Pengerusi baru SingPost, Encik Simon Israel, telah mengambil langkah cepat untuk memperbaiki kelemahan serta mengembalikan keyakinan pelabur pada syarikat itu, yang menyaksikan harga sahamnya jatuh 19 peratus dalam tempoh 12 bulan lalu.

Minggu lalu, syarikat itu melancarkan kod etika perniagaan dan kod etika bagi pengarah, serta dasar-dasar baru yang mengawal konflik kepentingan bagi pengarah, dan pembaharuan serta tempoh perkhidmatan lembaga pengarah.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map