EKONOMI & KERJA
Kian ramai warga Singapura jawat pekerjaan PMET
Lebih 1.05 juta daripada warga bekerja merupakan PMET pada Jun tahun lalu, berbanding 742,800 pada Jun 2009
Jan 24, 2020 | 05:30 AM
BILANGAN profesional, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) dalam kalangan warga Singapura yang bekerja telah bertambah sepanjang 10 tahun lalu.
Lebih 1.05 juta, atau sekitar 56 peratus daripada warga bekerja mempunyai pekerjaan PMET pada Jun tahun lalu, berbanding 742,800 orang, atau sekitar 47 peratus, daripada warga bekerja pada Jun 2009.