Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Klinik pertama bagi golongan kurang daya intelektual ditubuh

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Klinik pertama bagi golongan kurang daya intelektual ditubuh

Mar 22, 2018 | 05:30 AM



SEBUAH klinik pertama khusus untuk golongan kurang upaya intelektual telah ditubuhkan.



Klinik Perubatan Kurang Upaya Persatuan Terencat Akal Singapura (Minds) itu dibiayai oleh OCBC Bank dan terletak di Pusat Latihan & Pembangunan Minds Eunos di Hab Masyarakat Kembangan-Chai Chee.



Ia dirasmikan oleh Presiden Halimah Yacob semalam, bersama dengan Dr Cheong Choong Kong, Penaung Minds serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan OCBC Bank, Encik Samuel Tsien.



Menurut kenyataan Minds, klinik itu akan menawarkan akses kepada pakar perubatan berdasarkan temu janji, pemeriksaan kesihatan dan fizikal khusus untuk golongan tersebut sekali gus memudahkan akses bagi penjagaan kesihatan yang dimampui.



Sejak dibuka pada Julai tahun lalu, klinik tersebut telah memberi khidmat kepada 100 pesakit daripada golongan itu.



Kos operasi dan penubuhan klinik tersebut dibiayai sepenuhnya oleh OCBC, menerusi program #OCBCCares.



Minds juga bekerjasama dengan Naib Presiden Persekutuan Terencat Akal Asia Pasifik, yang juga pakar neonatologi dan pediatik, Dr Bhavani Sriram, dalam penubuhan klinik.



CEO Minds, Encik Tony S Tan, berkata adalah penting untuk menyediakan akses kepada jagaan kesihatan yang dimampui dan bersesuaian bagi memenuhi keperluan setiap individu.



Beliau juga yakin klinik itu akan membantu meningkatkan mutu jagaan bagi golongan kurang upaya intelektual.



Menjelaskan lebih lanjut mengenai usaha pembiayaan itu, Encik Tsien berkata:



"Program #OCBCCares direka khusus untuk menangani jurang sosial dan menyokong segmen masyarakat yang mungkin tidak menerima sokongan yang mencukupi berbanding lain.



"Inilah matlamat klinik Minds. Mereka yang berkeperluan khas selalunya sukar untuk meluahkan diri mereka dengan baik dan berdepan dengan risiko salah diagnosis yang lebih tinggi."



Tambah beliau, klinik khusus itu akan menyediakan penilaian awal dan menyeluruh bagi mengenal pasti masalah kesihatan sebelum ia memburuk dan mengancam nyawa.



Setiap pelanggan akan menerima buku kesihatan yang dibiayai bank itu - dan memberi butiran seperti sejarah perubatan individu, tahap kemahiran berkomunikasi, keperluan mobiliti dan keprihatinan berkaitan kelakuan.



Di samping sokongan kewangan, sukarelawan yang merupakan pekerja OCBC telah menyumbang tenaga di klinik itu seperti menjalankan kegiatan dengan pesakit sementara menunggu berjumpa doktor.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >