Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Kod QR S'pura, SGQR, gantikan pelbagai kod QR; sistem pemindahan dana antara bank (Fast) akan dibuka kepada firma bukan bank

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kod QR S'pura, SGQR, gantikan pelbagai kod QR; sistem pemindahan dana antara bank (Fast) akan dibuka kepada firma bukan bank

Sep 17, 2018 | 01:11 PM



SEBUAH kod QR universal bagi pembayaran elektronik, yang pertama di dunia, telah diperkenalkan di Singapura bagi memudahkan pelanggan dan peniaga bagi pembayaran elektronik.



Dilancarkan semalam oleh Menteri Pendidikan dan anggota lembaga pengarah Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Encik Ong Ye Kung, Kod Respons Pantas Singapura (SGQR) memudahkan peniaga kerana mereka tidak lagi perlu menunjukkan pelbagai kod QR bagi skim pembayaran berbeza.



Ia akan membolehkan pengguna mengimbas dan mengalihkan dana dari sehingga 27 aplikasi pembayaran elektronik termasuk Nets, Dash dan GrabPay.



Dalam pelancaran di Hotel Amara, Encik Ong juga mengumumkan sistem pemindahan dana segera antara bank Singapura atau Fast akan dibuka kepada firma bukan bank seperti Grab dan SingTel.



"Jika kita mahu sistem pembayaran elektronik yang terbuka, mudah diakses dan berdaya saing, kita perlu membuka Fast kepada huraian pembayaran bukan bank yang lain agar mereka dapat beroperasi dengan akaun-akaun bank,'' ujarnya.



Dengan cara itu, pelanggan boleh mengirimkan wang tidak kira apa jua dompet elektronik mereka selagi mereka dihubungkan dengan Fast.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >