Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Konsortium 3 pihak dapat kontrak rakan pembangunan bersama projek HSR KL-Singapura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Konsortium 3 pihak dapat kontrak rakan pembangunan bersama projek HSR KL-Singapura

Feb 16, 2017 | 02:48 PM



SEBUAH konsortium tiga pihak memenangi kontrak rakan pembangunan bersama (JDP) bagi projek Kereta Api Kelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), umum MyHSR Corporation Malaysia dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura pada Khamis (16 Feb).



Konsortium itu - terdiri daripada WSP Engineering Malaysia, Mott MacDonald Malaysia dan Ernst & Young Advisory Services - akan menyediakan sokongan pengurusan projek dan nasihat teknikal mengenai sistem dan operasi HSR, serta membangunkan piawaian teknikal dan keselamatan bagi projek itu.



Ia juga akan membantu pasukan bersama projek itu - dibentuk oleh MyHSR dan LTA - dalam penyediaan dokumen tender berkaitan aspek bersama projek tersebut.



"Menyusuli komitmen kedua-dua pemerintah melalui pemeteraian perjanjian dua hala, pelantikan JDP menandakan permulaan satu perjalanan mencabar tetapi menarik untuk menjadikan projek HSR Kuala Lumpur-Singapura satu kenyataan," kata Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR, Encik Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.



"Kepakaran kolektif dan pengalaman luas" konsortium itu dalam projek HSR antarabangsa lain membolehkan MyHSR dan LTA "mempercepat permulaan" penyediaan tender bersama bagi projek tersebut, kata Ketua Eksekutif LTA, Encik Ngien Hoon Ping.



Bulan lalu, kontrak bernilai $24.6 juta bagi menjalankan kajian kejuruteraan lanjutan bagi HSR bahagian Singapura dianugerahkan kepada firma reka bentuk kejuruteraan Aecom Singapura.



Projek HSR sepanjang 350km itu dijadualkan siap pada akhir 2026. Ia dijangka mengurangkan masa perjalanan antara Kuala Lumpur dan Singapura kepada satu setengah jam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >