JAWATANKUASA EKONOMI MASA DEPAN
Kumpulan dibentuk kaji cara inovatif manfaatkan tanah
Usaha antara lima bidang yang diteliti bagi mewujudkan Bandar Masa Depan
Jun 23, 2016 | 05:30 AM
SEBUAH kumpulan kecil di bawah Jawatankuasa Ekonomi Masa Depan (CFE) sedang meneliti pendekatan inovatif untuk mengatasi cabaran mengenai tanah di Singapura sedang ekonomi disusun semula.
Kumpulan itu bukan sahaja sedang menimbangkan teknologi baru untuk memanfaatkan rangkaian jalan raya Singapura dengan lebih baik, malah mengkaji huraian yang melibatkan perbekalan awam di bawah tanah.