Kursus baru tingkat kemahiran digital 1,000 pekerja kilang
Apr 11, 2019 | 05:30 AM
PROGRAM pensijilan baru yang bertujuan membantu pekerja sektor perkilangan melengkapi diri dengan kemahiran digital seperti pengekodan dan menggunakan teknologi baru dilancar semalam.
Sijil Kesediaan Digital Pekerja 4.0, yang merangkumi 17 modul ringkas, akan ditawarkan kepada sekitar 1,000 pekerja dalam industri tersebut tahun ini, menurut kenyataan.