Kursus Penukaran Kerjaya bantu jadi Jurutera IT selepas dibuang kerja
Jun 28, 2016 | 05:30 AM
SEPERTI kebanyakan pekerja, Encik Muhammad Nasiruddin Abu Bakar bimbang gagal mendapatkan pekerjaan baru apabila diberhentikan kerja sebagai eksekutif penjualan dua tahun lalu.
Namun, beliau enggan patah semangat dan memutuskan menjalani Program Penukaran Kerjaya (PCP) bagi meneroka kerjaya baru dalam bidang teknologi maklumat (IT).