SYARIKAT pembekal tayar dan roda antarabangsa Stamford Tyres Corporation Limited, yang tersenarai di papan utama, mengumumkan semalam keuntungan bersihnya meningkat sebanyak 52 peratus kepada $2.6 juta bagi tahun kewangan 2016 berbanding $1.7 juta bagi tahun kewangan 2015.
Margin keuntungan kasar meningkat daripada 22.1 peratus bagi tahun kewangan 2015 kepada 24.7 peratus bagi tahun kewangan 2016, ekoran kos penjualan rendah dan sumbangan daripada kegiatan nilai tambah di pusat tayar trak dan rantaian runcit.