Laba bersih suku pertama DBS susut 5 peratus
May 04, 2016 | 05:30 AM
KUMPULAN bank terbesar Singapura, DBS Group, mengumumkan keuntungan bersih bank itu susut 5 peratus mencapai $1.2 bilion bagi suku pertama tahun ini berbanding setahun lalu.
Namun, pendapatan keseluruhan mencapai paras tertinggi apabila ia meningkat 5 peratus mencapai $2.87 bilion, didorong oleh faedah bersih yang meningkat.