Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Labur dalam diri sendiri dulu: Nasihat ketua UOB kepada golongan muda

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Labur dalam diri sendiri dulu: Nasihat ketua UOB kepada golongan muda

Feb 27, 2017 | 11:06 AM



KETUA Eksekutif United Overseas Bank (UOB), Encik Wee Ee Cheong, menasihatkan orang muda supata melabur dulu dalam diri mereka sendiri sebelum dalam saham atau bon.



Bercakap dalam sebuah seminar minggu lalu anjuran program celik kewangan nasional MoneySense, Encik Wee berkata: "Prinsip pertama ialah melabur dalam diri anda dan keupayaan anda melabur dengan membina keupayaan anda dan menggunakan kemahiran itu untuk perniagaan atau kerjaya anda.



"Dapatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. Ini akan sentiasa bermanfaat buat diri anda. Tidak seperti harta benda yang boleh hilang sekelip mata, tiada sesiapa boleh dengan mudah ambil ini daripada anda."



Seminar My Money @ Campus ialah kerjasama dengan Persatuan Bank di Singapura dan Persatuan Pelabur Sekuriti Singapura (Sias). Ia bertujuan mendekati pelajar pengajian tinggi.



Encik Wee berkata membina kemahiran dan membangunkan sikap betul lebih penting pada hari dan zaman tidak menentu sekarang.



Menggunakan perbankan sebagai contoh, beliau berkata: "Lebih sukar sekarang untuk meramalkan pekerjaan dan kerjaya pada masa depan, disebabkan perubahan pesat dalam teknologi dan pasaran. Sesetengah pekerjaan dalam perbankan hari ini tidak wujud 10 hingga 20 tahun lalu. Sebagai contoh, saintis data, pakar keselamatan siber, konsultan pengalaman pengguna - terdapat kekurangan bakat dalam bidang seperti itu hari ini."



Walaupun Pemerintah memperkenalkan inisiatif seperti SkillsFuture, Encik Wee memberitahu hadirin tanggungjawab terletak pada diri mereka sendiri.



"Bersedia untuk belajar, melupakan apa yang telah dipelajari dan belajar semula secara berterusan sepanjang kehidupan anda. Dengan set kemahiran dan minda betul, anda meletakkan asas kukuh bagi keupayaan anda meraih pendapatan," ujar beliau.



Encik juga menekankan peri penting celik kewangan.



"Fahamilah prinsip pelaburan asas, termasuk kepelbagaian, nilai masa wang dan teknik penilaian. Luangkan masa dan usaha untuk mengikuti perkembangan trend pasaran. Celik kewangan adalah satu kemahiran teras kehidupan, yang boleh diperoleh dengan mudah.



"Walaupun anda menyumberluarkan pengurusan dana anda kepada orang profesional, jangan buat demikian secara membuta tuli. Anda perlu faham apa yang anda labur dan mengapa anda memilih pengurus dan produk tertentu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >