USAHA mengurangkan kos telah membantu syarikat perkapalan Neptune Orient Lines (NOL) mengurangkan kerugian suku keempat sedang industri itu mengalami kemerosotan.
Kumpulan itu mencatatkan kerugian bersih sebanyak AS$75.5 juta ($106 juta) bagi tempoh tiga bulan hingga 25 Disember tahun lepas - menghasilkan pembaikan sebanyak 11 peratus berbanding kerugian bersih AS$85.1 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.