HARGA rumah privet telah merosot selama tiga tahun tetapi langkah redakan pasaran hartanah akan kekal buat masa ini, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong.
Anggaran awal menunjukkan harga jatuh 1.5 mata peratusan pada suku ketiga tahun ini daripada suku kedua, penurunan suku ke suku paling banyak dalam tempoh tujuh tahun.