Laporan MAS: Lebih banyak pengangguran dijangka tahun ini
Susuli permintaan pekerjaan yang lemah, penyusunan semula syarikat
Apr 28, 2016 | 05:30 AM
LEBIH banyak pengangguran dijangka tahun ini disebabkan permintaan pekerjaan yang lemah dan penyusunan semula yang sedang berlaku dalam syarikat, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
Oleh sebab permintaan pekerjaan yang berkurangan, kenaikan gaji dijangka tumbuh lebih sederhana sebanyak 2.5 hingga 3 peratus tahun ini berbanding 3.5 peratus tahun lalu.