Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Lebih 22,000 kerja baru dijangka wujud dalam perkilangan Singapura jelang 2024

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Lebih 22,000 kerja baru dijangka wujud dalam perkilangan Singapura jelang 2024

Nov 28, 2016 | 10:20 AM



LEBIH 22,000 peluang pekerjaan baru dijangka diwujudkan dalam sektor perkilangan di Singapura dalam tempoh lapan tahun akan datang, umpamanya sebagai saintis data dan penyelaras robot, menurut satu kajian baru.



Jawatan-jawatan bernilai tinggi itu bergaji secara purata 50 peratus lebih tinggi daripada pekerjaan semasa yang akan hilang semasa tempoh tersebut, ujar kajian oleh Boston Consulting Group (BCG) itu.



Pemerhati berkata cabaran utama ialah merebut peluang dalam sektor itu dengan melengkapkan pekerja agar dapat memperoleh kemahiran bagi mengisi tempat-tempat baru itu.



Perkilangan membentuk satu perlima ekonomi Singapura. Sektor itu terjejas teruk oleh kelembapan semasa, tetapi baru-baru ini ia menunjukkan tanda kebangkitan semula.



Teknologi disruptif, atau bersifat mengganggu, juga telah memberi kesan terhadap sektor itu, dengan sekitar 23,000 pekerjaan diramalkan tidak wujud menjelang 2024.



Bulan lalu (Okt), Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan) Koh Poh Koon berkata pemerintah akan terus melabur dalam perkilangan maju bagi meletak pekerja dan syarikat dalam kedudukan bersedia bagi masa depan.



Jawatankuasa Ekonomi Masa Depan, yang akan mengeluarkan laporannya awal tahun depan, juga mengenal pasti perkilangan maju sebagai sektor pertumbuhan utama.



Presiden Persekutuan Perkilangan Singapura, Encik Douglas Foo, berkata perkilangan perlu kekal sebagai bahagian penting dalam ekonomi.



Fokus utama peralihan kepada perkilangan bernilai lebih tinggi melibatkan pelaksanaan teknologi Industri 4.0 seperti robot autonomi dan pengkomputeran awan.



Kajian BCG mendapati syarikat yang menerima pakai ini berkemungkin melihat pendapatan mereka bertambah kira-kira 10 peratus.



Ini akan membawa kesan positif terhadap ekonomi yang lebih luas, dengan pengeluaran perkilangan boleh meningkat kira-kira 9 peratus dan produktiviti buruh bertambah kira-kira 28 peratus.



Encik Michael Tan, seorang pegawai utama BCG dan salah seorang penulis kajian tersebut, berkata adalah penting Singapura mengambil kesempatan daripada gelombang perkilangan maju itu atau ia menghadapi risiko ketinggalan sedang negara lain, seperti Thailand, mengejar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >