Lebih banyak SME mohon projek sektor awam di laman tender Gebiz pemerintah

LEBIH banyak syarikat kecil dan sederhana (SME) kini memohon tender bagi projek pemerintah melalui laman pemerolehan tender pemerintah, Gebiz, menurut satu tinjauan dijalankan firma analitik, Vector Scorecard (VSC), dengan kerjasama firma analitik biro kewangan teknologi (fintech), MyFinB.Com.

Tinjauan itu dibuat menggunakan enjin analitik kecerdasan terhadap lebih 1,600 tender dan sebut harga yang diberi 16 kementerian dan 83 agensi pemerintah bagi separuh pertama tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan VSC, Encik M Nazri Muhd.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun