Usaha latih semula kemahiran
Lebih banyak usaha bantu warga cari kerja di lima industri
Swee Say: Josephine Teo ketuai usaha bersama empat Menteri Negara Kanan
Jul 20, 2017 | 05:30 AM
LEBIH banyak usaha disalurkan bagi membantu mereka yang mencari pekerjaan dalam lima industri pertumbuhan, dengan lima pemegang jawatan politik akan memainkan peranan bagi menyelaras tugas dalam setiap sektor.
Lima industri itu telah dikenal pasti kerana paling terjejas dengan gangguan teknologi, tetapi pada masa sama mempunyai potensi pertumbuhan pekerjaan yang tinggi, menurut Menteri Tenaga Manusia, Encik Lim Swee Say.