PROGRAM LATIHAN KEPIMPINAN LOGISTIK
Lebih ramai PMET diharap manfaatkan sektor logistik
Program latihan bagi karyawan muda turut dapat kerjasama NTUC dan WDA
May 25, 2016 | 05:30 AM
GOLONGAN karyawan, pengurus dan eksekutif (PME) Melayu yang menyertai industri logistik dan rangkaian pembekalan masih berkurangan kerana ramai yang bertanggapan ia sebuah bidang yang bersifat tradisional.
Lantaran itu, badan profesional tidak meraih keuntungan Supply Chain Asia (SCA) berharap dapat mendekati lebih ramai karyawan menceburi bidang itu, khususnya dalam peranan kepimpinan.