Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Lembaga Simpanan Federal umum kenaikan kadar faedah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Lembaga Simpanan Federal umum kenaikan kadar faedah

Dec 15, 2016 | 10:02 AM



WASHINGTON (Amerika Syarikat) - Lembaga Simpanan Federal Amerika telah mengumumkan kenaikan kadar feadah sebanyak suku mata, hari ini.



Ia sekaligus memberi isyarat akan rentak kenaikan kadar faedah lebih pantas tahun depan sedang pentadbiran Trump mengambil-alih tampuk kepimpinan dengan janji untuk meningkatkan pertumbuhan menerusi potongan cukai, perbelanjaan dan mengurangkan kawalan.



Kenaikan kadar faedah, yang dianggap sebagai satu kepastian oleh pasaran kewangan menyusuli laporan ekonomi yang semakin utuh, telah meningkatkan sasaran dana persekutuan pada kadar 25 mata, berada di kedudukan antara 0.50 peratus dan 0.75 peratus.



Laba bon Amerika meningkat lebih tinggi dan nilai dolar turut meningkat berbanding sekelompok mata wang selepas pihak persekutuan secara sebulat suara membuat keputusan dasar.



Saham Amerika didagangkan pada agak rendah, tetapi jualan meningkat selepas Pengerusi Federal, Janet Yellen, mengadakan sidang akhbar, yang mengumumkan kenaikan kadar faedah.



Dengan Presiden-Dipilih Donald Trump merancang mengadakan potong cukai dan meningkatkan perbelanjaan pada prasarana secara serentak, penggubal dasar bank pusat telah mengalihkan pandangan mereka kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih pantas, pengangguran yang lebih rendah dan inflasi berada di bawah 2 peratus seperti yang disasarkan Federal.



Pihak Federal merancang tiga kenaikan kadar faedah tahun depan, dan ini kemudiannya disusuli dengan tiga lagi kenaikan bagi kedua-dua tahun 2018 dan 2019, sebelum kadar faedah kembali ke paras 'biasa' yakni 3 peratus.



Ini lebih tinggi berbanding tiga bulan lalu, petanda bahawa pihak persekutuan merasakan ekonomi kini mula berkembang. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >