Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Mahu jenama restoran kekal dekat Masjid Sultan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Tarikan niaga Kampong Glam

Mahu jenama restoran kekal dekat Masjid Sultan

Aug 11, 2019 | 05:30 AM



MESKIPUN harga sewa di restorannya agak tinggi, Encik Mohamad Hafiz Salim Al-Khatib masih mahu kekal di Bussorah Street.



Kedudukan strategik berdekatan Masjid Sultan itu dapat menarik ramai pengunjung daripada segenap lapisan masyarakat serta pelancong yang sentiasa tertumpu ke kawasan itu.



"Daya tarikan kawasan ini cukup kuat. Sebagai peniaga makanan dan minuman (F&B) halal, saya tetap mahu jenama saya berada di Kampong Glam walaupun harga sewa meningkat,'' kata usahawan berusia 33 tahun itu.



Beliau menyewa tiga unit di Bussorah Street di Nombor 11, 70 dan 71 sejak dua tahun lalu bagi menempatkan restorannya dan sebuah ruang privet.



Sejak menyewa unit di Bussorah Street, harga sewanya telah meningkat $2,000 dengan mencapai harga sewa lima angka.



The Malayan Council telah menempa nama sebagai antara restoran popular dalam kalangan pengunjung tempatan di Kampong Glam yang gemar dengan makanan fusion yang dihasilkan Encik Hafiz serta pasukannya seperti roti kirai tulang rusuk lembu, udang galah dan daging kobe dan pencucui mulut seperti kek ondeh-ondeh.



Selain di Bussorah Street yang dibuka sejak dua tahun lalu, beliau mempunyai dua lagi cawangan di Dunlop Street dan Windstedt Rd.



"Kawasan Kampong Glam ini mempunyai keunikannya sendiri. Sebagai seorang Muslim, saya senang sekali dengan kedudukan yang berdekatan dengan Masjid Sultan yang menjadi tumpuan keagamaan. Kita lihat sejak dua tiga tahun lalu, banyak jenama F&B halal yang menyewa di kawasan itu,'' katanya.



Sejak menyewa rumah kedai itu, beliau mendapati bilangan pelanggan yang mengunjungi restorannya juga bertambah.



"Lagipun, 90 peratus pelanggan saya orang Islam. Bagi masyarakat kita, kawasan ini memang diketahui sebagai tempat yang mempunyai banyak makanan halal,'' tambah Encik Hafiz, yang melabur sebanyak $400,000 untuk membuka restoran di Bussorah Street itu.



Sebelum membuka perniagaan sendiri, beliau pernah bekerja makan gaji di beberapa hotel seperti Hotel Ritz-Carlton sebagai pelayan dan Hotel Raffles sebagai cef.



Keputusannya membuka restoran sendiri kerana terdorong mahu mengikut jejak Allahyarhamha ibunya, Hajah Asiah Haji Adam, yang menjaja di gerai nasi di Bedok North.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >