Majikan lebih terbuka ubah aturan kerja untuk pekerja

Ini termasuk aturan kerja secara sambilan, waktu kerja fleksibel atau bekerja di luar pejabat sambil menggunakan alat telekomunikasi untuk berhubung

PERATUSAN pekerja yang ditawarkan oleh majikan mereka aturan kerja lebih fleksibel semakin meningkat, lantas mendorong pekerja untuk lebih kekal bekerja dalam syarikat yang sama.

Perangkaan terbaru menunjukkan 72 peratus pekerja kini bekerja dalam syarikat yang menawarkan sekurang-kurangnya satu aturan kerja fleksibel secara rasmi tahun lalu, berbanding 70 peratus pada 2017.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan