Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Majoriti karyawan pemasaran sedia cari kerja baru tahun depan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Majoriti karyawan pemasaran sedia cari kerja baru tahun depan

Ingin nikmati gaji lebih tinggi dan faedah lebih baik antara punca
Dec 14, 2015 | 03:17 PM



SEBAHAGIAN besar karyawan dalam bidang pemasaran merentasi negara-negara Asia Pasifik dijangka mencari peluang pekerjaan baru pada tahun baru mendatang.


Karyawan tempatan berkata, sebab utama mereka menginginkan peranan baru adalah kerana mahu menikmati gaji dan faedah lebih baik (32 peratus), diikuti dengan keinginan menikmati peningkatan kerjaya (23 peratus) dan waktu kerja yang lebih pendek (20 peratus).


Dapatan yang dibuat juga menunjukkan, mulai awal tahun depan, lebih separuh atau 57 peratus karyawan merentasi sektor pemasaran, digital dan kreatif merancang untuk meninggalkan pekerjaan yang ada sekarang.


Malah, hampir tiga suku atau 74 peratus pula akan memanfaatkan masa masa Hari Natal untuk meneliti semula kerjaya mereka dan memutuskan apakah yang akan mereka lakukan selanjutnya.


Kesemua dapatan ini didapati daripada satu kajian yang dijalankan oleh pakar pengambilan pekerja syarikat font, yang mewawancara karyawan industri merentasi Hong Kong, Malaysia, New Zealand dan Singapura.


Kajian ini juga meninjau trend pemasaran semasa tempoh sambutan Hari Natal - dengan hampir sembilan daripada setiap 10 orang yang ditinjau atau 87 peratus responden berkata, usaha pemasaran semasa Krismas adalah satu pelaburan yang baik.


Bagaimanapun, hanya 54 peratus sahaja berkata, syarikat mereka benar-benar menjalankan projek bertema sewaktu musim perayaan.


Ini mungkin disebabkan nilai bajet pemasaran sempena Krisma telah meningkat 22 peratus tahun ini.


Media Sosial menjadi pilihan utama karyawan pemasaran (66 peratus) dalam mendekati pengguna, diikuti dengan pengiklanan digital (62 peratus).


Dalam pada itu, hampir separuh atau 47 peratus karyawan pemasaran berkata, iklan di media cetak merupakan saluran paling berkesan untuk kempen-kempen musiman.


Pengarah font, Cik Jacqui Barrat, berkata: "Musim perayaan Hari Natal memberi peluang meluas untuk syarikat-syarikat menjadi kreatif dalam usaha pemasaran mereka, memupuk kesedaran jenama dan memperkukuh ketaatan pelanggan.


"Sedang usaha lebih giat tertumpu kepada wadah digital, satu pendekatan saling berkait yang turut melibatkan media cetak masih lagi diperlukan dan memberi manfaat untuk mendekati lebih ramai pelanggan."


font merupakan sebuah syarikat yang beribu-pejabat di Hong Kong menawarkan huraian dalam soal pengambilan pekerja bagi sektor Kreatif, Digital dan Pemasaran merentasi Hong Kong, Malaysia, New Zealand and Singapore.


Ia mempunyai pejabat di ketiga-tiga negara yang disebut.


Menyentuh tentang isu karyawan pemasaran mencari pekerjaan baharu, Cik Barrat berkata:


"Dari sudut pengambilan pekerjaan, ia adalah sesuatu yang membimbangkan melihat kepada ramainya tenaga karyawan pemasaran yang merancang mendapatkan pekerjaan baru pada Tahun Baru.


"Ini mengesahkan lagi pandangan akan pentingnya majikan memberi tumpulan kepada usaha pengekalan pekerja bagi tempoh masa panjang, dan untuk bakat-bakat yang ada mengongsi harapan mereka dengan pengurus mereka tentang haluan dan matlamat kerjaya mereka.


"Perhubungan yang terbuka adalah kunci dalam memastikan bakat terus terangsang dan berasa diperlukan sedang kita melangkah ke 2016."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >