PEMANASAN bumi yang sedang pesat berlaku dijangka meningkatkan kesedaran ramai termasuk perniagaan korporat tentang pentingnya sumber tenaga alternatif.
Untuk merebut peluang niaga dalam bidang itu, Encik Azhar Othman memanfaatkan pengalamannya berniaga dalam bidang tenaga selama 15 tahun untuk menerokai industri tenaga yang boleh dibaharui (renewable energy).