PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) akan menghentikan pengeluaran not $10,000 mulai 1 Oktober ini untuk mencegah pemindahan wang secara terlarang (money laundering) dan membiayai pengganasan.
Bank pusat itu juga sedang meneliti untuk menerbitkan lebih banyak maklumat mengenai denda yang dikenakan terhadap institusi kewangan yang melanggar syarat pembiayaan antipengganasan dan pemindahan wang terlarang.