MAS arah bank ada kaitan dengan kes 1MDB ditutup
BSI Bank dipercayai langgar undang-undang antipemindahan wang terlarang, beberapa kakitangan terlibat dalam salah laku
May 25, 2016 | 05:30 AM
PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) telah mengarahkan bank berpangkalan di Switzerland, BSI Bank, supaya menutup semua operasi bank perdagangannya di Singapura kerana dipercayai melanggar undang-undang antipemindahan wang terlarang dan salah laku beberapa kakitangan.
MAS sudah merujuk kepada Pendakwa Raya nama enam anggota pengurusan kanan dan kakitangan BSI Bank supaya meneliti dan menilai sama ada mereka telah melakukan kesalahan jenayah atau tidak.