Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

MAS beri amaran kepada pelabur bitcoin agar bertindak dengan berhati-hati

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MAS beri amaran kepada pelabur bitcoin agar bertindak dengan berhati-hati

Dec 20, 2017 | 03:28 PM



PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) telah mengeluarkan amaran tegas kepada mereka yang mahu melabur supaya bertindak dengan sangat berhati-hati dan memahami risiko apabila memilih mahu melabur dalam mata wang kripto.



"MAS amat prihatin orang awam mungkin tertarik mahu melabur dalam mata wang kripto seperti bitcoin kerana harganya yang melambung baru-baru ini," ujar kenyataan MAS.



MAS memberi amaran bahawa mata wang kripto bukanlah mata wang yang sah di sisi undang-undang.



"Ia tidak dikeluarkan oleh mana-mana pemerintah dan tidak disokong oleh sebarang aset atau pihak pengeluar," kata MAS sambil menarik perhatian bahawa kenaikan nilai mata wang kripto telah didorong oleh spekulasi.



"Risiko harga merosot dengan mendadak sangat tinggi.



"Pelabur dalam mata wang kripto harus sedar bahawa terdapat risiko yang mereka akan kehilangan semua modal mereka," tambah MAS lagi.



Kebimbangan tentang ledakan bitcoin telah meningkat sejak harganya melambung sebanyak 1,700 peratus sejak awal 2017 kepada setinggi AS$19,666 ($26,480) pada Ahad lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >