Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

MAS dan UNCDF tingkat kemudahan perbankan bagi rantau Asean

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MAS dan UNCDF tingkat kemudahan perbankan bagi rantau Asean

Tumpuan diberikan kepada golongan terpinggir menerusi kemudahan digital
Apr 18, 2017 | 09:56 AM



PENGUASA Kewangan Singapura (MAS) dan Kumpulan Wang Pembangunan Modal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCDF) telah membentuk perkongsian strategik bagi membantu penduduk di pendalaman dan di kawasan luar bandar di rantau Asean, agar dapat menikmati kemudahan perbankan.



Di bawah program SHIFT UNCDF (Pembentukan Transformasi Kewangan Inklusif), ia bertujuan memudahkan pembangunan dan akses kepada perkhidmatan kewangan secara digital.



Untuk mempercepatkan akses kewangan dan penggunaan, MAS dan UNCDF SHIFT akan meneroka peluang untuk bekerja pada pendigitalan institusi kewangan peringkat rendah (Koperasi Kewangan / Institusi Kewangan Mikro / Bank) dalam Asean, terutamanya dalam meluaskan pengedaran sambungan akhir ke pangkal piramid dalam pasaran ini.



"Kerjasama ini akan memberikan UNCDF dan MAS cara-cara untuk mempercepat mendigitalkan operasi Penyedia Perkhidmatan Kewangan, agar membolehkan mereka untuk mempertingkat bantuan terhadap akses dan penggunaan kewangan dalam memberi perkhidmatan kepada penduduk yang terpinggir, termasuk wanita di negara-negara rantau ini," menurut kenyataan bersama MAS dan UNCDF itu.



Sebagai daya usaha pertama di bawah kerjasama ini, MAS menjadi rakan kongsi bagi program pendanaan 'Challenge Fund Window'.



"Mekanisme Dana Challenge ini memberi ganjaran bagi inovasi dalam model perniagaan yang melibatkan wanita - yang biasanya institusi kewangan tidak bersedia untuk biaya.



"Ia bertujuan memberi sokongan terhadap projek-projek yang mana pulangan sosial dijamin, tetapi pulangan kewangan mungkin belum lagi terbukti," terang kedua-dua badan itu dalam kenyataan mereka.



Dana ini menyediakan geran pembiayaan bersama bagi model inovatif, boleh skala perniagaan yang memupuk kiriman wang antarabangsa yang dikawal selia ke Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam (CLMV) untuk wanita, dan pada masa yang sama meningkatkan penerimaan dan penggunaan produk dan perkhidmatan kewangan pengiriman wang berkaitan dalam CLMV .



Pengiriman wang ke empat-empat negara ini telah menyumbang sebanyak AS$17.2 bilion ($24 bilion).



"Kemasukan yang semakin meningkat menerusi kiriman wang antarabangsa untuk CLMV memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi di rantau Mekong, dan boleh bertindak sebagai pemangkin kepada pembangunan ekosistem perkhidmatan kewangan digital tempatan dengan menyediakan akses kepada perkhidmatan kewangan asas," jelas kenyataan bersama itu lagi.



Program pendanaan UNCDF SHIFT Challenge Fund Window ini memberi tumpuan kepada pengiriman wang (remittance), dibuka kepada pemohon mulai 7 April hingga 9 Jun ini. Penganugerahan geran akan diputuskan menjelang Oktober ini.



Ketua Pegawai FinTech, MAS, Encik Sopnendu Mohanty, berkata, "Kami percaya bahawa perkhidmatan kewangan mempunyai peranan dalam pengupayaan ekonomi wanita dan golongan terpinggir. Dengan kepercayaan ini, MAS berbesar hati dapat bekerjasama dengan UNCDF SHIFT, kerana ini adalah satu daya usaha masyarakat yang bermakna yang akan mencipta penyelesaian untuk menyediakan akses kepada sumber kewangan asas.



"Kami berharap untuk mengiktiraf idea inovatif dari pelancaran Window Tabung Challenge di FinTech Festival Singapura baru-baru ini dan berharap ia akan merangsang lebih banyak kerjasama dalam bidang rangkuman kewangan. "




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >