Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

MAS dijangka kekalkan dasar kenaikan sifar Singdollar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MAS dijangka kekalkan dasar kenaikan sifar Singdollar

Mar 27, 2017 | 10:03 AM



PROSPEK ekonomi semakin cerah dan inflasi sedang meningkat tetapi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dijangka mengekalkan dasar 'kenaikan sifar' kadar tukaran asingnya apabila ia bermesyuarat bulan depan, kata pakar ekonomi.



Ini kerana peningkatan dalam kegiatan ekonomi terhad pada sektor berorientasikan eksport, seperti perkilangan, manakala pasaran buruh yang lebih luas masih lemah.



Ketidaktentuan pula kekal dalam perdagangan antarabangsa, di tengah-tengah peningkatan dasar perlindungan di seluruh dunia.



MAS menggunakan kadar tukaran sebagai alat dasar kewangan utama untuk mengimbangi antara inflasi dari luar negara dan pertumbuhan ekonomi. Kadar itu dibiarkan terapung dalam jalur asas yang bank pusat itu boleh selaraskan apabila ia mengkaji dasar monetari.



Nilai mata wang lebih kukuh mengawal inflasi dengan membuat import lebih murah dari segi Singdollar, manakala Singdollar lemah - yang bermakna melonggarkan dasar monetari - membantu meningkatkan pertumbuhan dengan membuat eksport lebih murah di luar negara.



Jalur asas Singdollar sekarang berdasar peningkatan sifar mata wang Singapura berbanding mata wang rakan perdagangan utama. Dasar ini bermakna nilai mata wang Singapura dipandu agar tidak naik terlalu mendadak berbanding nilai mata wang rakan perdagangan utama negara ini.



Dasar "berkecuali" ini dilaksana MAS sejak April tahun lalu dalam persekitaran pertumbuhan perlahan dan inflasi rendah. Sebelum itu, MAS melaksana dasar kenaikan "sederhana dan beransur-ansur" mata wang Singapura.



Bagaimanapun, landskap ekonomi sekarang telah berubah sejak April lalu.



Dolar AS telah lemah dengan ketara tahun ini di tengah-tengah jangkaan bahawa Rizab Federal mungkin kurang berani untuk menaikkan kadar faedah dan pelabur menjadi lebih ragu-ragu tentang pemulihan yang dimulakan Presiden Amerika, Encik Donald Trump.



Sedolar Amerika kini bernilai kira-kira $1.399, turun daripada $1.45 pada permulaan tahun ini.



Permintaan global yang kukuh bagi elektronik, khususnya semikonduktor, telah memberi suntikan pada sektor perkilangan Singapura. Pengeluaran kilang bulan lalu mencatat satu lagi pertumbuhan lebih tinggi daripada jangkaan, berkembang 12.6 peratus dan mengatasi jangkaan ahli ekonomi yang sebanyak 10 peratus.



Ini, seterusnya, membantu meningkat eksport dan data pertumbuhan ekonomi secara keseluruhan.



Singapura mencatat inflasi positif tiga bulan berturut-turut bulan lalu, sebahagiannya hasil pemulihan beransur-ansur harga minyak.



Inflasi lebih tinggi biasanya memberi tekanan pada MAS untuk mengetatkan dasar kewangan dengan membenarkan Singdollar meningkat pada kadar lebih cepat berbanding mata wang rakan dagangan utama Singapura.



Namun, kebanyakan ahli ekonomi berasa MAS akan mengekalkan pendirian dasar kenaikan sifar bulan depan, kerana pertumbuhan dan inflasi kekal dalam julat yang diramalkan bank pusat itu, lapor akhbar The Straits Times pada Isnin (27 Mac).



Ahli ekonomi berkata MAS "mungkin mengambil pendekatan tunggu dan lihat" dan perubahan dasar besar kemungkinan hanya dibuat pada mesyuaratnya seterusnya pada Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >