Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

MAS: Ekon mula berkembang tapi pertumbuhan tidak konsisten

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MAS: Ekon mula berkembang tapi pertumbuhan tidak konsisten

Apr 27, 2017 | 01:07 PM



EKONOMI Singapura telah mula mencatatkan peningkatan sejak beberapa bulan lalu namun pertumbuhan masih tidak konsisten.



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dalam laporan setengah tahunnya berkata, justeru ramalan rasmi pertumbuhan negara tahun ini kekal antara 1 dengan 3 peratus, tidak banyak berubah berbanding pertumbuhan 2 peratus tahun lalu.



MAS berkata demikian dalam Laporan Makroekonomi badan itu yang dikeluarkan hari ini.



Menurutnya, sektor berkaitan perdagangan telah mula meningkat di sebalik ekonomi global yang lebih baik.



Namun, pertumbuhan sektor berorientasikan domestik seperti runcit dan binaan masih suram.



MAS menarik perhatian sektor berkaitan perdagangan menikmati peningkatan bermula dalam suku keempat tahun lalu, didorong oleh peningkatan dalam sektor pengilangan.



Pertumbuhan tersebut dipacu oleh pengeluaran yang meningkat dalam sektor semikonduktor, selain penyelesaian kerja-kerja penyenggaraan dalam kelompok biomedikal.



Pertumbuhan dalam perkhidmatan kewangan juga mula meningkat di sebalik peningkatan pasaran kewangan global.



Namun, kegiatan sektor binaan swasta dan penjualan runcit masih lembab. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >