Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

MAS: Ekonomi Singapura dijangka kekal lembap tahun depan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MAS: Ekonomi Singapura dijangka kekal lembap tahun depan

Oct 25, 2016 | 12:44 PM



EKONOMI Singapura, yang bergantung pada perdagangan, sedang melalui kemerosotan kitaran dan tidak dijangka meningkat ketara tahun depan, kata Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Ekonomi global dijangka berkembang pada "kadar stabil tetapi tidak berapa baik" pada 2017 dan disebabkan ini, permintaan kekal tidak setara di seluruh pasaran eksport utama Singapura.

Ini bermakna sektor berkaitan perdagangan akan terus terkial-kial, ujar bank pusat itu dalam Kajian Makroekonomi dua kali setahunnya yang dikeluarkan pada Selasa (25 Okt).

Ini diburukkan lagi oleh pendedahan Singapura kepada sektor yang prestasinya teruk, seperti minyak dan gas, semikonduktor dan perkhidmatan pengangkutan.

Unjuran perdagangan lemah ini bermakna pertumbuhan Singapura pada 2017 akan bergantung pada industri berorientasikan dalam negara dan sektor perkhidmatan, kata MAS.

Ia juga berkata sentimen perniagaan kekal negatif, terutama dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana.

MAS menurunkan unjuran ekonominya, meramalkan pertumbuhan pada 2016 pada kadar rendah dalam julat 1 hingga 2 peratus, dan "hanya lebih tinggi sedikit" pada 2017.

Kajian itu juga menyatakan bahawa pertumbuhan global dijangka 3.7 peratus tahun ini, dan lebih sedikit, 3.8 peratus, tahun depan, sedang pelaburan perniagaan dalam ekonomi utama dunia kekal lembap disebabkan ketidaktentuan ekonomi yang telah meningkat.

Tinjauan bagi Asia ialah stabil tetapi "rendah daripada biasa" berbanding tempoh sebelum krisis kewangan global, kata MAS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >