KELUARGA di Singapura harus terus berhemat dalam menguruskan perbelanjaan mereka walaupun kedudukan kewangan mereka semakin kukuh, kata Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
Ini kerana meskipun ramalan pekerjaan keseluruhan dijangka pulih tahun depan, gaji mereka tidak dijangka meningkat pantas.