Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

MAS nasihat pelabur waspada risiko tukaran asing

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MAS nasihat pelabur waspada risiko tukaran asing

MAS
Jul 01, 2016 | 09:47 AM



PELABUR harus sedar akan risiko - terutamanya berkaitan kadar tukaran mata wang - apabila membeli hartanah di luar negara, ujar Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Khamis (30 Jun).



Ia berkata walaupun kelemahan mata wang asing terhadap dolar Singapura (Singdollar) boleh menurunkan kos permulaan bagi pelabur, "turun naik mata wang akan terus memberi kesan kepada nilai pelaburan mereka".



Nasihat itu diberi sebagai respons kepada pertanyaan akhbar The Straits Times mengenai pendedahan sektor perbankan tempatan kepada pasaran hartanah Britain, berikutan keputusan negara itu meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) dalam satu pungutan suara.



Keputusan untuk keluar EU - diistilahkan sebagai Brexit - menggoncangkan pasaran kewangan dan menimbulkan ketidaktentuan ke atas ekonomi global. Mata wang paun Britain jatuh ke paras terendah dalam tempoh lebih 30 tahun berbanding dolar Amerika.



Ketidaktentuan selepas Brexit membuat United Overseas Bank (UOB) menggantung program pinjaman luar negara bagi hartanah kediaman London untuk pelanggan runcit. Ia tidak menawarkan pinjaman hartanah di luar London di Britain.



UOB berkata ia akan "buat sementara waktu berhenti menerima permohonan pinjaman hartanah asing bagi hartanah di London" dan akan "menilai secara berkala untuk menentukan bila kami akan mengembalikan semula tawaran pinjaman hartanah London kami".



Bank lain nampaknya tidak mengikut langkah UOB itu, berdasarkan tinjauan akhbar tersebut ke atas beberapa bank.



Pelabur individu Singapura membeli hartanah berjumlah kira-kira £180 juta ($327 juta) di Britain tahun lalu, menurut perunding CBRE.



Pembelian pada suku pertama tahun ini berjumlah £55 juta.



MAS berkata pendedahan bank terhadap pinjaman hartanah asing kekal rendah, membentuk 2 peratus daripada jumlah pendedahan pinjaman perumahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >