Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MAS: Tiada bank di Singapura terima AS$3b daripada dana 1MDB

Jun 09, 2016 | 10:39 AM



TIADA bank di Singapura menerima wang AS$3 bilion ($4 bilion) daripada bon yang diterbitkan bagi syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang diatur oleh bank Amerika Syarikat Goldman Sachs, Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dapati.



MAS menyangkal laporan akhbar Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa Goldman Sachs memindahkan AS$3 bilion daripada bon yang diaturnya pada 2013 ke akaun 1MDB di cawangan Singapura sebuah bank swasta kecil Switzerland, BSI.



Laporan WSJ itu berkata Encik Kevin Wong, peguam Goldman Sachs dan rakan kongsi firma guaman Linklaters di Singapura, telah menghantar satu nota bank kepada Goldman memberitahu mereka wang tersebut harus dihantar ke sebuah bank privet.



Laporan itu, yang memetik sumber-sumber tidak dinamakan, berkata Goldman Sachs telah memeriksa kelayakan BSI SA dan mendapati tiada sebab untuk tidak menghantar wang itu ke sana.



Bagaimanapun, WSJ menerbitkan pembetulan pada Rabu (8 Jun), dengan menyatakan wang AS$3 bilion itu disalurkan ke akaun 1MDB dengan BSI di Switzerland dan bukan cawangan Singapura.



Jurucakap MAS berkata pada Rabu bahawa "tidak ada bank di Singapura menerima pemindahan AS$3 bilion daripada Goldman Sachs berhubung penerbitan bon 1MDB".



Pada 24 Mei, MAS mengambil langkah menutup operasi BSI Bank di sini berkaitan pelanggaran peraturan antipengubahan wang, sedang bank induknya di Switzerland menghadapi prosiding jenayah di Eropah berhubung aliran wang daripada 1MDB.



Pihak berkuasa Amerika sedang menyiasat Goldman Sachs untuk melihat apakah ia melanggar undang-undang antipengubahan wang kerana gagal melaporkan transaksi mencurigakan kerana dana sebesar itu biasanya dimasukkan ke bank global besar, kata WSJ.



Separuh hasil jualan bon itu yang didakwa dipindahkan oleh Goldman Sachs ke akaun bank Swiss itu hilang, dengan sebahagiannya dimasukkan ke akaun bank Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, lapor WSJ.



Namun, setiausaha akhbar Datuk Seri Najib, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad, mempertikai laporan itu dan berkata "tuduhan palsu WSJ terhadap Malaysia sekali lagi telah terbukti merupakan pembohongan, kali ini oleh MAS".



Biro Siasatan Federal (FIB) dan Jabatan Kehakiman Amerika, sebagai sebahagian daripada siasatan lebih luas ke dalam 1MDB, sedang menyiasat peranan Goldman Sachs.



Bank pelaburan itu meraih kira-kira AS$593 juta daripada tiga jualan bon pada 2012 dan 2013 yang menghasilkan AS$6.5 bilion bagi 1MDB, menurut laporan media.



Jumlah yang Goldman Sachs dapat lebih tinggi daripada apa yang bank biasanya dapat daripada urusan dengan pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >