SEDANG lebih ramai anggota masyarakat Melayu memiliki keupayaan kewangan lebih kukuh, mereka harus lebih yakin dan berpengetahuan jika ingin meraih manfaat daripada pelaburan hartanah atau peningkatan modal daripada rumah mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex Realty, Encik Ismail Ghafoor, memerhatikan ramai anggota masyarakat Melayu kini berfikiran jauh, mempunyai rancangan kewangan baik dan beraspirasi.