Maybank meterai pembiayaan syariah terbesar dan pertama libatkan hotel
Apr 06, 2016 | 05:30 AM
SEKTOR kewangan Islam Singapura mendapat rangsangan selepas Maybank Singapore menandatangani satu perjanjian pembiayaan berlandaskan syariah bernilai $260 juta dengan kumpulan hartanah setempat, RB Capital.
Perjanjian pembiayaan berlandaskan murabaha komoditi itu melibatkan Holiday Inn Express Singapore Clarke Quay sebagai kolateral.