MHA: Laporan media Indonesia tentang kes mantan pegawai bank tidak tepat
Apr 23, 2016 | 05:30 AM
KEMENTERIAN Ehwal Dalam Negeri (MHA) semalam menyatakan beberapa laporan media Indonesia mengenai kes mantan pegawai perbankan Indonesia, Encik Hartawan Aluwi, adalah tidak tepat.
Menjelaskan duduk perkara sebenar, MHA dalam kenyataannya semalam berkata kementerian itu menganggap Encik Hartawan sebagai seorang pendatang yang tidak diingini sejajar dengan Seksyen 8(3) Akta Imigresen kerana penglibatannya dalam beberapa kes penipuan skim pelaburan dan kegiatan pengubahan wang terlarang.