SYARIKAT semikonduktor, Micron Technology akan melaburkan berbilion dolar dalam sebuah kemudahan bilik bersih baru bagi pengilangan produk memori, Nand Flash, di Singapura dan akan menambah 1,000 pekerja baru daripada 7,500 pekerja yang ada sekarang.
Peluasan Fab 10, yang merupakan peluasan bilik bersih di North Coast Drive di Senoko, dijangka siap pertengahan tahun depan.