SEBUAH delegasi perniagaan dan wakil perniagaan dari Singapura, diketuai Menteri Negara (Tenaga Manusia), Encik Teo Ser Luck, telah mempelajari teknologi baru bagi meningkatkan daya penghasilan dan mengurangkan pergantungan pekerja dalam lawatan mereka ke Jepun baru-baru ini.
Delegasi 29 orang itu ,yang turut disertai presiden Persekutuan Perkilangan Singapura (SMF), Encik Douglas Foo, melawat 17 syarikat dan pertubuhan, seperti Owndays, Morinaga dan Omron di Tokyo, Takasaki dan Osaka dari 16 hingga 21 April lalu.