EKONIAGA
MOM: 91% firma bayar faedah buang kerja tahun lalu
Dec 30, 2016 | 05:30 AM
JUMLAH syarikat yang membayar faedah pembuangan kerja bagi pekerja yang layak adalah 90.6 peratus tahun lalu, menurut kenyataan Kementerian Tenaga Kerja (MOM) semalam.
Ini berdasarkan dapatan utama Laporan Pembuangan Pekerja 2015 yang didedahkan Jabatan Kajian Tenaga Kerja dan Statistik MOM semalam.