BILANGAN karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) yang menganggur ialah 39,000, bukan 100,000, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam.
MOM mengeluarkan kenyataan itu selepas calon Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Francis Yuen, menyebut jumlah 100,000 dalam perbahasan Pilihan Raya Umum yang disiarkan di televisyen kelmarin.