Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

M'sia-Abu Dhabi dijangka akhiri pertikaian berkaitan 1MDB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

M'sia-Abu Dhabi dijangka akhiri pertikaian berkaitan 1MDB

Apr 21, 2017 | 02:58 PM



KUALA LUMPUR: Syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia, 1MDB, dijangka menandatangani perjanjian menyelesaikan pertikaian berbilion dolar dengan Abu Dhabi International Petroleum Investment Co (IPIC), menurut akhbar The Straits Times.



Eksekutif kewangan kanan yang mengetahui tentang perbincangan yang sedang berjalan memberitahu akhbar itu bahawa perjanjian bagi penyelesaiannya akan dimeterai seawal-awalnya hari ini.



Perkara utama bagi penyelesaian yang disarankan itu menghendaki Malaysia melunaskan kepada Abu Dhabi AS$1.2 bilion ($1.7 bilion) sebelum hujung tahun ini.



Jumlah itu membentuk satu pinjaman dan jumlah faedah terkumpul yang perlu dilunaskan bagi bantuan yang diberikan kepada syarikat kerajaan Malaysia itu pada Julai 2015.



Sebahagian bayaran bagi tunggakan hutang itu akan didapatkan daripada penjualan "unit-unit dana" Brazen Sky, sebuah unit kewangan yang dimiliki 1MDB, kepada pembeli yang tidak didedahkan identitinya, kata eksekutif itu.



Perjanjian penyelesaian itu juga menghendaki kedua-dua pihak memulakan rundingan bagi menghuraikan satu lagi pertikaian melibatkan kira-kira AS$3.5 bilion untuk pinjaman yang diberikan sebelum ini dan pembayaran dari 1MDB kepada IPIC yang kini dipertikaikan.



Rundingan akan bermula awal tahun depan dan mesti diselesaikan sebelum Disember 2020, di mana pada masa itu kedua-dua pihak tidak akan lagi meneruskan tindakan undang-undang, kata eksekutif yang dipetik The Straits Times.



Dalam pada itu, akhbar itu turut memetik pandangan ahli perbankan dan eksekutif undang-undang yang percaya perjanjian yang akan dimeterai ini boleh melemahkan tindakan undang-undang yang diambil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika terhadap 1MDB.



Ini memandangkan wang yang dipertikaikan Malaysia-Abu Dhabi itu merupakan fokus tindakan guaman yang dibuat DOJ bagi pelesapan dana dari 1MDB.



DOJ mendakwa bahawa dana yang disalur keluar dari 1MDB telah digunakan untuk membeli hartanah dan aset lain oleh sekutu Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >