Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

M'sia arah bank asing beri komitmen tak akan perdagang ringgit lepas pantai: Sumber

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

M'sia arah bank asing beri komitmen tak akan perdagang ringgit lepas pantai: Sumber

Nov 16, 2016 | 03:39 PM



HONG KONG/SINGAPURA: Bank Negara Malaysia (BNM) telah meminta bank asing memberi komitmen bertulis bahawa mereka akan menahan diri daripada melakukan perdagangan ringgit di pasaran hadapan tidak boleh serah (non-deliverable) luar pesisir, dalam usaha terbarunya melindungi mata wang yang kian lemah itu, kata sumber perbankan.



Ia menghantar surat borang kepada bank asing, meminta "perwakilan tanpa syarat dan komitmen" itu.



Dua sumber berasingan di bank mengesahkan menerima surat borang itu.



Surat itu juga meminta institusi kewangan memberi kepada BNM pelan terperinci mengenai keperluan mereka melakukan urus niaga ringgit pesisir dan untuk mendapatkan bantuan daripada institusi kewangan Malaysia bagi sembarang keperluan urus niaga tukaran asing.



Ini satu perubahan ketara daripada pemberitahuan yang BNM keluarkan Sabtu lalu, di mana dana dan pengurus aset asing diminta menghubungi bank berlesen Malaysia untuk melaksana sembarang urus niaga tukaran asing.



Langkah terbaru ini mencadangkan bahawa pihak berkuasa telah mengetatkan kawalan ke atas ringgit.



"Ia tidak menghairankan, memandangkan betapa banyak MYR (ringgit) telah hilang. Ia berbunyi seperti campur tangan terdesak," kata ketua penganalisis Nordea Markets, Cik Amy Yuan Zhuang, di Singapura.



Ringgit Malaysia mencecah paras terendah 10 bulan ke kadar 4.3470 berbanding dolar AS pada 2 petang Rabu waktu Singapura.



Berbanding dolar Singapura, ringgit diniagakan pada kadar 3.0750 pada 2.50 petang, hampir kadar dengan penutup semalam.



Rizab asing kecil BNM berbanding negara Asia lain membuat bank pusat itu mempunyai sedikit pilihan, katanya. "Ia lebih memerlukan langkah-langkah itu daripada bank pusat lain di Asia." - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >