SINGAPURA melihat kesan langsung yang 'sederhana' terhadap ekonominya pada tempoh jangka sederhana hingga panjang jika Britain keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) (Brexit), menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).
"Berdasarkan jangkaan pengamat mengenai kesan Brexit terhadap ekonomi Britain dan Zon Euro, penilaian MTI ialah dalam jangka sederhana hingga panjang, kesan Brexit terhadap ekonomi Singapura adalah sederhana," kata jurucakap MTI ketika ditanya The Business Times (BT).