Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

MTI naikkan ramalan pertumbuhan ekonomi S'pura kepada 3-3.5 % tahun ini, dari 2-3%

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MTI naikkan ramalan pertumbuhan ekonomi S'pura kepada 3-3.5 % tahun ini, dari 2-3%

Nov 23, 2017 | 09:13 AM



KEMENTERIAN Perdagangan dan Perusahaan (MTI) telah meningkatkan ramalan ekonomi Singapura kepada 3 hingga 3.5 peratus tahun ini.

Ia lebih tinggi dari ramalan sebelum ini sebanyak 2-3 peratus.

Jangkaan lebih baik itu dibuat menyusuli pertumbuhan lebih kukuh Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) yang tumbuh 5.2 peratus bagi suku ketiga - pertumbuhan suku tahunan paling kukuh sejak 2013, didorong oleh pertumbuhan pengilangan dan sektor perkhidmatan berorientasi luaran.

GDP tumbuh 2.9 peratus pada suku kedua.

Setiausaha Tetap MTI, Encik Loh Khum Yean, ketika membentangkan Laporan Tinjauan Ekonomi Singapura dalam sidang akhbar, berkata prospek pertumbuhan bagi pasaran utama Singapura seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah (EU), China dan Asean telah bertambah baik dan permintaan elektronik sejagat juga lebih kukuh dari dijangkakan.

Sektor domestik seperti kesihatan, pendidikan, dan khidmat sosial akan juga kekal kukuh.

"Mengambil kira faktor itu, pertumbuhan GDP bagi 2017 ialah 3-3.5 peratus, dari 2-3 peratus,'' kata Encik Loh.

Tahun depan, MTI meramalkan ekonomi Singapura tumbuh 1.5 hingga 3.5 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >