Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

MTI rendahkan ramalan pertumbuhan ekonomi 2016

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MTI rendahkan ramalan pertumbuhan ekonomi 2016

Nov 24, 2016 | 09:33 AM



EKONOMI Singapura dijangka tumbuh 1 hingga 1.5 peratus tahun ini, berbanding unjuran awal sebanyak 1 hingga 2 peratus.



Pertumbuhan tahun depan diramal antara 1 hingga 3 peratus, hasil unjuran global yang lebih baik sedikit, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Khamis (24 Nov).



Ia membuat ramalan itu dalam Tinjauan Ekonomi Singapura terbaru, yang menunjukkan ekonomi tumbuh 1.1 peratus pada suku ketiga berbanding tempoh sama tahun lalu, lebih baik daripada anggaran awal sebanyak 0.6 peratus.



Berbanding tempoh tiga bulan sebelumnya, ekonomi menyusut 2 peratus pada suku Julai hingga September.



Statistik yang dikeluarkan oleh IE Singapore menunjukkan eksport bukan minyak domestik (Nodx) berkurangan 5.4 peratus dari tahun ke tahun, manakala eskport semula bukan minyak (Norx) meningkat 2.5 peratus.



Nodx dijangka menguncup 5 hingga 5.5 peratus tahun ini berikutan pertumbuhan global yang kurang memberangsangkan - lebih besar daripada penguncupan 3 hingga 4 peratus yang diramal sebelumnya.



Nodx dijangka meningkat tahun depan sejajar dengan ekonomi global yang lebih kukuh, kata IE Singapore, yang meramalkan -1 peratus hingga 1 peratus bagi 2017.



Jumlah perdagangan berkurangan 5.0 peratus pada suku ketiga, menyusuli pengurangan 5.7 peratus pada suku sebelumnya.



Jumlah perdagangan perkhidmatan meningkat 0.1 peratus kepada $97.7 bilion, berikutan kenaikan 2.3 peratus pada suku sebelumnya.



Tinjauan bagi 2017 bercampur-campur, kata MTI. Ekonomi seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Asean dijangka lebih baik tahun depan, walaupun pertumbuhan dalam zon euro dan China perlahan.



Bagaimanapun, walaupun pertumbuhan global berada di landasan untuk meningkat pada keseluruhannya, ini mungkin mempunyai kesan terhad ke atas eksport Singapura kerana syarikat di Amerika dan China kurang melabur, dan semakin giat mendapatkan sumber input dari dalam negeri dan tidak bergantung pada import.



Terdapat juga risiko ketara, termasuk tindak balas buruk di seluruh dunia terhadap globalisasi. Ini boleh menjejaskan lagi perdagangan dunia yang sudah lemah dan keyakinan, kata kenyataan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >