Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Musim taufan landa Asia, ratusan pesawat hadapi risiko

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Musim taufan landa Asia, ratusan pesawat hadapi risiko

Jun 03, 2020 | 01:30 PM



SYDNEY: Syarikat penerbangan, lapangan terbang dan penanggung insurans di seluruh Asia kini bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan kerosakan yang sangat tinggi ke atas pesawat apabila musim ribut taufan di rantau ini bermula.



Ini memandangkan ratusan pesawat kini 'tersadai' di lapangan terbang dan tidak beroperasi dan tidak mudah dipindahkan ke mana-mana disebabkan perintah kawalan pergerakan demi membendung pandemik koronavirus.



Lapangan terbang utama di kawasan yang mudah dilanda ribut seperti Hong Kong, Taiwan, Jepun, Filipina, Thailand dan India kini merubah menjadi tempat letak kenderaan gergasi kerana Covid-19 telah menyebabkan perjalanan udara lumpuh.



"Sekiranya anda mempunyai pesawat di darat, anda boleh bayangkan bagaimana untuk membolehkan ia beroperasi semula dalam masa yang singkat bukanlah satu perkara yang mudah," kata Encik Gary Moran, ketua penerbangan Asia di broker insurans Aon. 



"Cabarannya adalah anda menghadapi taufan atau ribut dan ada banyak pesawat yang tidak akan dapat dipindahkan pada waktunya."



Syarikat insurans bagi syarikat-syarikat penerbangan, yang berdepan dengan pengembalian sebahagian besar premium risiko kemalangan setelah pesawat 'ditambat', kini menghadapi risiko yang lebih besar daripada biasa memandangkan begitu banyak pesawat dikumpulkan di sesebuah lapangan terbang, kata pakar industri.



"Satu kejadian boleh menyebabkan kerosakan yang memerlukan kos berjuta-juta untuk diperbaiki, bahkan mungkin mendekati ratusan juta bergantung pada pesawat yang terlibat," kata Encik James Jordan, rakan sekutu kanan di firma undang-undang HFW Asia, dalam bidang aeroangkasa dan amalan insurans.



Sebagai panduan yang akan dikeluarkan kepada operator lapangan terbang minggu ini, yang dilihat oleh agensi berita Reuters, kumpulan perdagangan Airports Council International (ACI) memberi amaran bahawa langkah menerbangkan pesawat dari bahaya, amalan yang sering dilakukan pada waktu biasa, tidak mungkin dapat dilakukan.



Ia menyatakan bahawa langkah berjaga-jaga tambahan seperti lebih banyak pengikatan pada pesawat mungkin diperlukan.



"Kejadian cuaca yang melampau seperti ribut, taufan dan puting beliung adalah bahaya bermusim di banyak kawasan di dunia, dan dalam konteks Covid, memberikan lapisan bahaya tambahan dengan banyak lapangan terbang menampung sejumlah besar pesawat yang 'ditambat'," kata ketua pengarah ACI Angela Gittens dalam satu kenyataan kepada Reuters.



Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila menggunakan landasan untuk menempatkan sebegitu banyak pesawat yang ada di situ, menurut jurucakap Lembaga Penerbangan Awam Filipina.



Penguasa penerbangan Taiwan mengatakan pihaknya telah meminta lapangan terbang untuk mengadakan pertemuan bagi persiapan menghadapi taufan 36 jam lebih awal tahun ini, dan bukannya 24 jam seperti kebiasaannya, untuk memberi masa yang cukup banyak kepada syarikat penerbangan untuk membuat permintaan tempat menempatkan pesawat. 



Ia akan membuka landasan jika diperlukan di lapangan terbang antarabangsa utama Taipei, Taoyuan, untuk membolehkan 160 pesawat ditempatkan di situ.



EVA Airways menyatakan rancangannya termasuk menempatkan pesawat di tempat pembaikan pesawat dan menghantar beberapa ke lapangan terbang lain di Taiwan dan luar negara.  



Syarikat penerbangan terbesar Taiwan, China Airlines, mengatakan ia mempunyai rancangan taufan tetapi enggan memberikan perincian.



Penguasa Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, yang menempatkan pesawat Cathay Pacific Airways dan Hong Kong Airlines berkata, ia mempunyai 150 pesawat yang ditempatkan di lapangan terbang itu dan sebahagian besar langkah-langkah pencegahan telah dilakukan sebagai persiapan menghadapi musim taufan.



Langkah-langkah itu termasuk mengisi minyak pesawat untuk membuatnya lebih berat, mengikat berat ke roda hidung, menambah berat di dalam kargo, meletakkan dua kunci pada roda pesawat dan menerbangkan pesawat ke lapangan terbang lain, kata pengendali lapangan terbang itu.



Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai di Osaka, yang landasannya mengalami banjir ketika Taufan Jebi memusnahkan tebing pada 2018, mengatakan ia telah menaikkan ketinggian tembok penghadang dan menjadikan kemudahan yang ada, kalis air.



Lapangan terbang juga perlu memastikan bahawa mereka tidak mempunyai peralatan longgar yang menimbulkan risiko terhadap kapal terbang atau mereka mungkin menghadapi tuntutan dari syarikat insurans syarikat penerbangan, kata Encik Moran.



"Lapangan terbang ini seharusnya menjaga persekitaran yang selamat untuk pesawat," katanya. "Itu adalah tugas mereka untuk menjaganya." - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >