Muzik henti bergema, muncul pula pakaian glamor
Pemilik Muzika Rekod tutup kedai muzik, ceburi pula niaga jual pakaian
Jul 01, 2016 | 05:30 AM
SELEPAS lebih 30 tahun bertahan, kedai muzik ikonik Muzika Rekod di Joo Chiat Complex akhirnya ditutup setelah bergelut dengan penjualan yang lemah sejak lima tahun lalu kerana 'diancam' teknologi.
Kini pemilik Muzika, Encik Salleh Abdul Samad, mengubah haluan daripada perniagaan muzik kepada perniagaan pakaian.