Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Nahdlatul Ulama beri peluang kedua kepada usahawan Singapura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Nahdlatul Ulama beri peluang kedua kepada usahawan Singapura

Langkah usahawan yang memberanikan diri berniaga di rantauan tidak selalunya menjanjikan keuntungan yang lumayan. Malah, ia penuh dengan duri dan liku yang boleh mematahkan semangat. Demikian yang dilalui seorang peniaga Singapura. Namun beliau telah membulatkan tekad cuba bangkit semula selepas mengalami jatuh bangun berniaga di Indonesia hingga 'hangus' wang pelaburannya. Ikuti laporan PUAD IBRAHIM (puad@sph.com.sg) yang menemui beliau baru-baru ini.
May 15, 2016 | 05:30 AM



SYARIKAT rangkaian pasar mini Micromart yang diasaskan seorang usahawan Singapura telah menjalin usaha sama (JV) dengan pertubuhan Islam terbesar Indonesia, Nahdlatul Ulama (NU), untuk mengembangkan rangkaian tersebut di Indonesia.



Jalinan tersebut memberi peluang kedua kepada pengasasnya, Encik Mohamed Farid Mohd Noor, membina semula perniagaannya di Indonesia selepas ia menghadapi masalah sejak September tahun lalu.



Micromart yang dimulakan pada 2014 juga akan membantu NU dalam membangunkan platform bagi membolehkan anggota NU mencebur bidang niaga dengan mengendalikan operasi rangkaian pasar mini itu.



NU, yang memiliki 40 juta anggota, bersama Micromart sudah pun membuka dua pasar mini itu di Jakarta Februari lalu, dan bakal membuka 16 lagi dalam tempoh tiga bulan mendatang.



Dalam kenyataannya kepada Berita Minggu Isnin lalu, Ketua Himpunan Pengusaha Nahdliyin, yang merupakan badan usahawan NU, Encik Abdul Kholik, berkata pihaknya berharap JV itu dapat membangunkan wadah rangkaian perniagaan bagi memenuhi keperluan asas umat Islam Indonesia.



"Pada tahap selanjutnya, platform asas berupa toko runcit moden ini akan ditambah beberapa perkhidmatan lain yang nantinya bisa menjadi pusat transaksi ekonomi umat Islam seperti pusat jual beli produk barang dan jasa (khidmat) umat Islam," kata Encik Kholik, yang juga Wakil Ketua Lembaga Perekonomian NU.



JV dalam bentuk perusahaan penanaman modal asing dan dijalin Ogos lalu itu juga bertujuan memperkenal pengurusan perniagaan moden kepada pengusaha NU.



Encik Farid berkata NU bersedia menjalin JV itu meskipun mereka tahu tentang kemerosotan perniagaanya di Jawa Tengah.



Perniagaan Micromart di daerah tersebut merosot 50 peratus sejak September lalu hingga Encik Farid terpaksa menutup hampir kesemua 30 cawangannya di sana.



Namun, pengalaman pahit di Jawa Tengah itu jugalah yang mendorong NU menjalin JV bersama Encik Farid kerana beliau kini lebih memahami operasi pasar mini di Indonesia.



Ditanya mengapakah NU memilih Encik Farid sebagai rakan kongsinya, Encik Kholik berkata Encik Farid memiliki pengalaman dalam mengembangkan toko runcit yang moden.



Menurutnya, pertimbangan utama JV itu termasuk antara lain faktor sesama Muslim; memiliki pengalaman pengembangan toko runcit; bersedia menerapkan prinsip syariah dan memiliki visi yang sama mahu mengajak Muslim menceburi bidang ekonomi.



"Keutamaan saya adalah memastikan lebih banyak rangkaian dibuka," kata Encik Farid semasa ditemui baru-baru ini.



Menurutnya, beliau memiliki 49 peratus taruhan dalam JV itu dengan bakinya milik NU.



Operasinya pula diubah - daripada membekal barangan dan menjalankan sendiri operasi runcit seperti di Jawa Tengah kepada hanya membekalkan dan membantu membuka cawangan, sedang NU menjalankan operasinya.



Ditanya bagaimana bermulanya jalinan itu, Encik Farid berkata beliau menemui Timbalan Presiden NU, Dr As'ad Said Ali, semasa duduk bersebelahannya dalam pesawat menuju Jakarta.



Dr As'ad kemudian mengajak Encik Farid menemuinya setiba di Jakarta.



"Begitulah permulaannya. Mereka kemudian melawat operasi saya di Semarang. Mereka yakin syarikat sayalah yang ingin mereka jalin kerjasama," tambah Encik Farid.




SEKILAS TENTANG NAHDLATUL ULAMA (NU)



  • Badan Islam terbesar Indonesia

  • Diasaskan di Surabaya pada 1926

  • NU galak Islam sederhana

  • Miliki 40 juta anggota

  • Biayai sekolah, hospital dan atur kegiatan bantu golongan miskin dan memerlukan

  • Mutakhir lancar 'pahlawan siber' perangi ideologi ISIS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >