Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Najib: 1MDB telah jelaskan hutang lebih RM3 bilion

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Najib: 1MDB telah jelaskan hutang lebih RM3 bilion

Mar 30, 2017 | 05:27 PM



[KUALA LUMPUR]KUALA LUMPUR: Dana negara Malaysia, 1Malaysia Development Berhad, telah menjelaskan lebih RM3 bilion (S$948.15 million) hutang sejak dua tahun lalu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, sedang siasatan berkaitan pengubahan wang menggunakan dana itu sedang dijalankan di sekurang-kurangnya enam negara.



Menurut laporan akhbar The Business Times, dana kekayaan milik kerajaan (SWF) itu yang diasaskan oleh Datuk Seri Najib kini menghadapi tuntutan saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat yang mendakwa lebih AS$3.5 bilion telah digelapkan dari 1MDB.



Dana itu juga kini sedang disiasat di Switzerland dan Singapura.



Kepimpinan Datuk Seri Najib digugat dengan siri laporan oleh akhbar Wall Street Journal sejak pertengahan 2015 yang menjejaki transaksi lebih AS$1 billion dana 1MDB yang telah dipindahkan ke akaun peribadi miliknya.



Datuk Seri Najib yang mempengerusikan lembaga penasihat 1MDB sebelum ia dibubarkan pada Mei tahun lalu, sehingga kini menafikan kesemua dakwaan rasuah, dan menyatakan beliau tidak pernah menerima sebarang dana dari agensi kerajaan ataupun dana bagi faedah dirinya sendiri.



Kerajaan Malaysia sebelum ini menyatakan bahawa sebahagian besar dana yang dipindahkan ke akaun bank perdana menteri merupakan hadiah yang diberikan seorang anggota keluarga diraja Saudi, dan ia kemudiannya telah dipulangkan.



Didorong oleh ketidakupayaan pihak pembangkang untuk memanfaatkan isu 1MDB dengan lebih baik, Datuk Seri Najib dijangka mengadakan pilihan raya umum tahun ini sedang dia berusaha mematikan skandal itu.



Dalam satu jawapan bertulis ke parlimen bertarikh 29 Mac, Datuk Seri Najib berkata, 1MDB telah menyelesaikan kesemua pinjaman sepenuhnya kepada empat pemiutang antara 2015 dan 2016. Ini termasuklah kemudahan kredit dan pinjaman wang dari Affin Bank, Marstan Investments NV, EXIM Bank dan kerajaan Malaysia.



"Pada masa ini, 1MDB tidak mempunyai pinjaman dari mana-mana bank atau hutang jangka pendek," katanya.



Menurut Datuk Seri Najib, 1MDB telah mengumpul RM10.97 bilion dalam bentuk tunai dalam tempoh yang sama menerusi penjualan Edra Global Energy Bhd, penjualan pegangan ekuiti di Bandar Malaysia Sdn Bhd dan penjualan sebidang tanah di Tun Razak Exchange di ibu kota Kuala Lumpur.



"Sedang Pelan Rasionalisasi 1MDB kini sedang berjalan, tiada aset baharu sama ada di dalam negara atau di luar negara didapatkan antara 2015 dan 2016," kata perdana menteri itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >